wrapper

Terkini

PROFIL

 

YB SENATOR DATO’ DR. ASYRAF WAJDI BIN DUSUKI,

TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA ISLAM).

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015.

Sebelum pelantikan ini, beliau telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada 03 Jun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Dalam kerjaya peringkat awal, pernah bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kemudian bertugas sebagai Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) iaitu institusi pengajian tinggi di bawah Bank Negara Malaysia.

PENDIDIKAN

Beliau merupakan graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan juga memiliki Sarjana Ekonomi, Perbankan dan Kewangan Islam serta Ph.D dalam Perbankan dan Kewangan Islam daripada Loughborough University, United Kingdom.

Waktu di universiti, pernah menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Exco Majlis Perwakilan Pelajar UIAM. Dinobatkan selaku Graduan Terbaik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tahun 2000, dan memperoleh beberapa anugerah Graduan Terbaik di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama. 

KEWANGAN ISLAM

Dalam dunia kewangan Islam, beliau banyak membantu membangunkan polisi-polisi Syariah dan dasar-dasar kewangan Islam untuk Bank Negara Malaysia dan juga luar negara termasuk memberikan latihan dan khidmat Syariah dalam kewangan Islam bagi negara-negara seperti Oman, Turki, Maldives, Emiriyah Arab Bersatu, United Kingdom, Korea Selatan, Afrika Selatan dan lain-lain. Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah Affin Islamic Bank, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Affin Banking Group dan Penasihat Syariah AIA PUBLIC Takaful Berhad hampir 10 tahun.

Selain itu, beliau diamanahkan sebagai Penasihat Syariah dan Konsultan Kewangan Islam di beberapa instititusi Kewangan Islam di dalam dan luar negara termasuklah Maldives Capital Market Development Authority, Maldives Allied Insurance Pvt Ltd., Price Waterhouse Coopers (PWC) Malaysia, London-based Mortgage Company Chain Mender Limited, London-based Halal Industries PLC, US-Based Islamic Financial Institution United Chartered Bank (UCB), ISRA Consultancy Sdn. Bhd., Singapore-based IFIS Business Advisory Pte Ltd dan KA Syariah Advisory

Beliau juga aktif memberi latihan dan tunjuk ajar dalam perbankan dan kewangan Islam kepada para Hakim-hakim Persekutuan dan Mahkamah Tinggi, para pengurusan dan pegawai tertinggi Bank Negara Malaysia, pengamal perbankan dan takaful, pegawai-pegawai kerajaan dan orang ramai dalam dan di peringkat antarabangsa.

Pada tahun 2011, beliau turut mendapat pengiktirafan Kewangan Islam Antarabangsa apabila dinobatkan sebagai "The Most Upcoming Personality in Islamic Finance" di Persidangan Antarabangsa Oman Islamic Economic Forum.

AKEDEMIK

Dalam dunia akademik, beliau pernah menyandang jawatan Ahli Lembaga Pengelola Dewan Bahasa Dan Pustaka (2015-2017) dan juga Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) bagi tahun 2014-2016 . Beliau juga sebelum ini merupakan Felo Kehormat Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang bagi tahun 2015-2016. Selain itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Profesor Pelawat dalam bidang Kewangan Islam di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau juga merupakan ahli Lembaga Pengajian (Board of Studies) untuk program-program akademik berkaitan ekonomi dan kewangan Islam di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK), University of Management and Technology (UMTECH) dan Fellow Bersekutu ISDEV, Universiti Sains Malaysia (USM).

Beliau telah menulis beberapa buah buku dan berpuluh artikel akademik di Jurnal-jurnal antarabangsa. Salah satu artikel beliau bertajuk “Banking for the Poor: The Role of Islamic Banking in Microfinance Initiatives” dianugerahkan sebagai Artikel Terbaik bagi tahun 2009 oleh Emerald Literati Network, sebuah institusi Jurnal Antarabangsa yang paling berprestij. Selain itu, menjadi kolumnis di beberapa akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan Sinar Harian.

POLITIK

Selain menyandang jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, beliau juga merupakan Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family