wrapper

Terkini

Wednesday, 20 July 2016 00:00

Jom Mengaji

Written by

Tuesday, 19 July 2016 00:00

Wacana NGO Islam Kelantan dan Majlis Hari Raya

Written by

KOTA BAHARU - 17 Julai 2016 : YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah merasmikan Wacana NGO Islam Kelantan dan Majlis Hari Raya di dewan Sri Tunjong JPN, Kelantan.

Wacana ini membincangkan berkaitan RUU 355 dan Peranan NGO Islam dalam menyatupadukan umat Islam di Malaysia secara khususnya.

Pembentangan kertas kerja pertama bertajuk Peranan Parti Politik dan NGO Islam dalam menyatupadukan Umat Islam  oleh SS Dato' Dr Haji Zulkifly Bin Muda, Mufti Negeri Terengganu,

Turut bersama didalam forum ialah YB. Dato' Paduka Nozula Bin Hj Mat Diah (ADUN Paloh), YB. Datuk Takiyudin Bin Hj Hasan (Ahli Parlimen Kota Bharu) serta Prof. Madya Shamrahayu Bt Abd Aziz (Felo Utama Pusat kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM). Manakala
Moderator ialah Tuan Haj Aminudin Yahya, Timbalan Presiden Isma Kota Bharu.

Tuesday, 19 July 2016 00:00

Program Ziarah Pasir Putih

Written by

PASIR PUTIH - 5 Julai 2016 : YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah bersama dalam program ziarah ke rumah anak yatim dan ziarah kematian di Pasir Putih .

Seterusnya YB turut bersama dalam Majlis berbuka puasa dan solat terawikh bersama 3000 mahasiswa kelolaan ahli parlimen Tanah Merah iaitu Yang Berhormat Dato Ikmal.

Tuesday, 19 July 2016 00:00

Zakat Secara Terus Undang Mudarat

Written by

SEJAK akhir-akhir ini wujud segelintir umat Islam yang tidak bertanggungjawab menggunakan media sosial seperti Facebook untuk berkempen membayar terus zakat kepada golongan asnaf tanpa melalui institusi zakat yang sah dilantik oleh pemerintah di peringkat negeri-negeri.

Kempen ini difahamkan sudah berjalan sejak dua tahun dahulu. Malah pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan kepada agensi pungutan zakat yang sah, kononnya zakat hanya pandai dikutip tetapi tidak diagihkan dengan baik.

Pelbagai persepsi dicorakkan seperti kesukaran golongan asnaf mendapatkan zakat kerana pelbagai karenah birokrasi, bilangan fakir miskin semakin bertambah lantaran tidak terbela. Mungkin nampak logik, tetap ia tidak semestinya benar dari segi faktanya.

Hakikatnya sudah banyak pembaikan dilakukan oleh institusi zakat di bawah kuasa negeri-negeri dari semasa ke semasa.

Bagaimanapun satu dua kelemahan yang ada tidaklah seharusnya dijadikan alasan untuk menafikan sumbangan yang lebih besar dilakukan institusi tersebut. Apatah lagi jika melakukan tindakan tidak bertanggungjawab dengan mengadakan kempen memburukkan institusi zakat supaya umat hilang keyakinan dan tidak mahu memanfaatkan institusi yang diwujudkan oleh pemerintah.

Prinsip penting yang harus difahami, mewujudkan institusi zakat adalah sebahagian daripada tanggungjawab pemerintah yang diwajibkan oleh Islam. Ini dijelaskan dalam Surah At-Taubah, ayat 103: “Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (daripada dosa) dan menyucikan mereka (daripada akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”.

Ini bermakna ketaatan membayar zakat kepada institusi ini juga merupakan satu bentuk ketaatan kepada pemerintah dalam perkara yang hak yang dituntut oleh al-Quran dan as-Sunnah, sebagaimana disebut dalam Surah an-Nisa’, ayat 59.

Dalam kaedah fiqh pula disebut prinsip: “Keputusan yang ditetapkan oleh pemerintah akan mengangkat (membatalkan) segala perbezaan pandangan yang lain”. Ini menunjukkan membayar zakat melalui agensi-agensi zakat yang sah dan dilantik oleh pemerintah adalah jalan terbaik untuk umat Islam menunaikan kewajipan berzakat mereka.

Jika ditelusuri sejarah awal perkembangan Islam, fenomena mereka yang enggan membayar zakat kepada pemerintah pernah berlaku pada zaman pemerintahan Saidina Abu Bakar RA. Namun Saidina Abu Bakar dengan tegas menyatakan beliau tetap akan memerangi mereka yang enggan membayar zakat dengan kata-katanya: “Demi ALLAH, jika mereka enggan membayar kepadaku walaupun hanya tali unta yang pernah mereka tunaikannya kepada Rasulullah SAW (sebagai zakat), aku benar-benar akan memerangi mereka”.

Islam menuntut umatnya membayar zakat melalui institusi lantikan pemerintah yang sah bagi memastikan ia memenuhi syarat-syarat zakat yang disyariatkan khususnya berkenaan kelayakan penerima zakat atau had kifayah bagi seseorang asnaf.

Jika had kelayakan penerima zakat tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan syarak, apa yang berlaku ialah status zakat yang dibayar tidak sah dan akan berubah hanya sebagai sedekah biasa yang tidak lagi bersifat wajib. Kesan mudaratnya ialah, kewajipan berzakat umat masih belum tertunai.

Berbeza dengan agensi zakat yang sah dan dilantik oleh pemerintah. Mereka mempunyai data yang lengkap berkenaan penerima yang layak menerima zakat. Zakat yang dikumpulkan dapat diagihkan kepada semua golongan asnaf secara adil dan saksama secara menyeluruh.

Dengan adanya institusi zakat, banyak manfaat lain kepada umat Islam yang tidak dapat dibuat melalui orang perseorangan seperti penubuhan rumah anak asnaf dan yatim, menganjurkan program ekonomi kepada asnaf yang lebih berkesan mengeluarkan mereka daripada kemiskinan bahkan pelbagai lagi program yang menyuburkan syiar dan syariat Islam dalam negara yang selalunya memerlukan dana yang besar untuk dilaksanakan.

Penulis berpandangan, jika masih mahu menolong seseorang yang susah dan memerlukan bantuan, ia boleh dilakukan dalam bentuk sedekah yang sunat dan bukan sebagai zakat yang wajib. Urusan zakat boleh serahkan kepada mereka yang layak menguruskannya iaitu agensi-agensi yang sah yang dilantik oleh pemerintah.

Sesungguhnya ALLAH akan melipatgandakan pahala dan balasan baik di dunia bagi mereka yang suka bersedekah. Lebih-lebih lagi sedekah di Ramadan yang mulia ini yang dilipatgandakan amalan baik dan dibuka pintu-pintu keampunan sebagaimana diungkapkan dalam Surah Al-Baqarah, ayat 245.

Justeru, hentikanlah perbuatan provokasi melalui media sosial yang mengajak umat Islam supaya jangan membayar zakat melalui agensi zakat yang sah dan mengagihkannya terus kepada penerima zakat. Perbuatan seperti ini tidak akan menguntungkan umat Islam secara keseluruhannya bahkan mampu menghancurkan institusi penting yang menjadi tunjang kekuatan Islam di negara ini. 


*Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri

Tuesday, 19 July 2016 00:00

Majlis Berbuka Puasa Bersama Pimpinan Mahasiswa

Written by

KUALA LUMPUR - 20 Jun 2015 : YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama pimpinan mahasiswa luar dan dalam negara. Seramai 120 telah menghadiri majlis berbuka puasa ini yang terdiri dari luar negara yang hadir Russia, Mesir, Jordan, United Kingdom, New Zealand, Ireland, Perancis dan Jepun.

Dalam majlis ini YB turut bersolat jemaah Mahrib,Isyak dan Terawakih serta turut mengadakan usrah bersama para hadirin.

Tuesday, 19 July 2016 00:00

Aktiviti Program PRK Kuala Kangsar

Written by

KUALA KANGSAR - 17 Jun 2015 : YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Aziziah Kg. Ketior Dalam bertajuk Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah turut hadir YB Dato' Hasbullah Osman Ahli Parlimen Gerik merangkap Ketua Bahagian Gerik, Dato' Abu Bakar Mat Ali Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Ketua PDM Ketior En Omar, Dato' Yusof Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan Ketua Multimedia Menteri Besar Perak Encik Nizam.

Sejuruh selepas Solat Jumaat YB turut serat dalam program Ziarah Kasih dari Rumah ke Rumah menyampaikan Bantuan Keperluan Dapur dan Pemeriksaan Perubatan oleh PICOMS yang melibatkan PDM Jalan Baharu (Kg. Bendang Panjang)
dan PDM Talang Dusun (Kg. Talang Dusun) turut hadir bersama YB Datuk Drs Nizar Zakaria Exco Agama Negeri Perak.

MENJAWAB 10 SALAH FAHAM MENGENAI PINDAAN RUU AKTA MAHKAMAH SYARIAH (BIDANG KUASA JENAYAH) @ AKTA 355

 

1. Apa keperluan dipinda AKTA 355?

 

Jawapan:

 

Cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, 6 kali sebatan syar'ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan dari penjara 6 bulan dan denda RM1000. Justeru hukuman yang ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Apa yang dicadangkan hanyalah meningkatkan hukuman maksimum kepada apa hukuman yang selaras dengan hukum syarak selain hukuman mati. Jumlah hukuman denda, penjara dan sebatan bakal ditentukan oleh Dewan Undangan Negeri.

 

2. Sebatan 100 kali adalah agak melampau?

 

Jawapan:

 

Kaedah sebatan Syariah jauh berbeza dengan sebatan Sivil. Syarat sebatan Syariah tidak boleh mencederakan iaitu kaedah hayunan sebatan seolah-olah meletakkan buku di bawah ketiak yang tidak boleh jatuh tatkala menghayun. Justeru 100 kali sebatan Syariah tidak sama dengan 1 kali sebatan Sivil yang boleh mencederakan.

 

3. Akta 355 memberi kesan secara tidak langsung kepada orang Bukan Islam

 

Jawapan:

 

Orang Bukan Islam tidak mungkin boleh dibicarakan di bawah Mahkamah Syariah kerana Perlembagaan Persekutuan menetapkan bidang kuasa Mahkamah Syariah hanya untuk umat Islam dan Akta 355, Seksyen 2 juga menjelaskan hanya orang Islam yang boleh dibicarakan dan dihukum di Mahkamah Syariah.

 

4. Akta 355 adalah pintu belakang ke arah melaksanakan Hudud.

 

Jawapan:

 

Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud. Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. Contohnya bagi melaksanakan Hudud di Malaysia, sekurang-kurangnya tiga pindaan kepada beberapa bahagian dalam Perlembagaan perlu dilakukan dan bukan dengan meminda Akta 355 yang terhad kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah yang merujuk kepada kuasa-kuasa yang disenaraikan dalam Butiran 1 Senarai Negeri Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan

 

5. Apakah Perlembagaan boleh dipinda?

 

Jawapan:

 

Boleh dengan syarat undi majoriti iaitu 2/3 Ahli-Ahli Parlimen Dewan Rakyat bersamaan 148 daripada 222 orang Ahli Parlimen bersetuju menyokong satu-satu pindaan. Realiti politik hari ini kalau digabungkan semua Ahli-Ahli Parlimen beragama Islam dari UMNO, PAS, PKR, PAN, PBB dan DAP hanya berjumlah 135 orang; tidak memenuhi bilangan majoriti untuk meminda Perlembagaan. Bermakna Ahli-Ahli Parlimen Bukan Islam juga mempunyai hak dan kuasa bagi membolehkan hukuman Hudud dilaksanakan.

 

6. Apakah bahagian-bahagian penting dalam Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda untuk laksana Hudud di Malaysia?

 

Jawapan:

 

Sekurang-kurangnya 3 bahagian Perlembagaan Persekutuan yang perlu dipinda:

 

(i). Senarai II Jadual Kesembilan untuk memasukkan tambahan bidang kuasa Jenayah ke dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah seperti yang terkandung dalam Butiran 1. Sebagai contoh undang-undang jenayah seperti mencuri, merompak, merogol, bunuh, dan menyebabkan kecederaan (kesalahan yang wujud dalam Penal Code) terletak di bawah kuasa persekutuan dan dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil dan polis, penjara juga terletak dibawah Persekutuan.

 

(ii). Selain daripada pindaan pada Butiran 1, kebenaran Parlimen di bawah Perkara 76A juga perlu diperolehi bagi membolehkan negeri menggubal dan melaksanakan undang-undang Jenayah yang termaktub dalam senarai kuasa Persekutuan.

 

(iii). Perkara 8 juga perlu dipinda supaya tidak timbul isu pendiskriminasian dan ketidakadilan dan kesamarataan hak warga Malaysia yang dibezakan peruntukan undang-undang kerana berbeza agama. Dengan kata lain bagi membolehkan ada dua set undang-undang jenayah kepada orang Islam dan Bukan Islam.

 

7. Pindaan RUU 355 ini membolehkan undang-undang berbaur Hudud diperkenalkan.

 

Jawapan: 

 

Hudud melibatkan hukuman yang menyentuh 6 jenis kesalahan; 4 bersifat individu atau dosa peribadi iaitu Zina, Menuduh Zina (Qazaf), Minum Arak dan Murtad, manakala 2 lagi melibatkan kesalahan jenayah awam seperti Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi

(Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudag ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

 

8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

 

Jawapan:

 

Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

 

9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

 

Jawapan:

 

Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

 

 

10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

 

Jawapan:

 

Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

 

Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

 

Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

 

YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki

LONDON, UNITED KINGDOM 26 Mei 2015:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyampaikan ucaputama di  HFA Halal Industry Conference (HHIC) 2016

 Antara yang di ketengahkan ialah mengenai pengalaman Malaysia membangunkan industri halal dan inisiatif terbaru kerajaan membentuk Majlis Halal Malaysia di samping penekanan bahawa Konsep Halal bukan hanya mengenai kaedah penyembelihan binatang semata-mata tetapi juga mencangkupi seluruh aspek penyediaan, pemprosesan dan rantaian penawaran (supply chain). Aspek Halal sangat berkait dengan aspek Toyyiba iaitu baik, tidak memudaratkan, bersih, menyehatkan sebagaimana prinsip digariskan Al-Quran ayat 168 surah Al-Baqarah. Sebab itulah piawaian Halal Malaysia dianggap paling komprehensif dan ketat berbanding negara-negara Islam lain.

    Persidangan Antarabangsa mengenai Halal di Hotel Kensington Close London di hadiri lebih 150 delegasi anjuran Halal Food Authority United Kingdom.

Page 1 of 5

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family