wrapper

Terkini

TRONOH: Kewujudan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelaras hal ehwal Islam adalah penting dalam menghadapi pelbagai ancaman yang menggugat kedudukan agama itu di negara ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata jabatan itu yang ditubuhkan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu, adalah agensi berperanan dalam perancangan, pengurusan hal ehwal Islam dan pembangunan umat di Malaysia. "Apabila kita lihat 14 negeri dengan sembilan Sultan di negara kita, sudah tentu ada pelbagai pendekatan keagamaan, Islam dan sebagainya.

"Sebab itulah hasrat Majlis Raja-Raja adalah mesti wujud satu agensi yang menyelaras. "...terutama dalam konteks kita berhadapan pelbagai cabaran yang berbentuk ancaman, ekstremisme sama ada radikalisme ataupun golongan yang memperlonggar agama seperti liberalisme, pluralisme, LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender) dan sebagainya," katanya.

Beliau mengulas artikel sebuah portal yang memetik kenyataan anak sulung Tun Dr Ismail Abdul Rahman, Tawfiq Ismail, yang mahu JAKIM dimansuhkan kerana dilihat seolah-olah mencampuri kehidupan peribadi rakyat negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Ibnu 'Auf Peringkat Kebangsaan Kali Pertama Tahun 1437H/2015M di Dewan Canselor Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini malam tadi. Turut hadir Naib Canselor UTP, Datuk Abdul Rahim Hashim dan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim.

Karnival berkenaan, yang berlangsung tiga hari bermula 19 November, dianjur Sekretariat Dakwah Korporat JAKIM (SDK JAKIM) dalam usaha menyatukan syarikat korporat yang menganggotainyabagi melaksanakan gerak kerja dakwah. Antara syarikat korporat yang terbabit ialah PETRONAS, Lembaga Tabung Haji (TH), Maybank Islamic Berhad, UTP, Khazanah Nasional Berhad, Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan Al-Hijrah Media Corporation (TV Al-Hijrah).

Karnival itu diadakan bersempena Majlis Tilawah Al-Quran Syarikat-Syarikat Korporat Malaysia peringkat kebangsaan ke-2 membabitkan 22 peserta yang memperdengarkan bacaan masing-masing hari ini. Johan bagi kategori Qari dan Qariah bakal menerima wang tunai bernilai RM5,000 beserta pakej umrah tajaan TH dan sijil penghargaan manakala Naib Johan menerima wang tunai bernilai RM4,000 beserta sijil penghargaan. Pelbagai program turut diadakan iaitu Seminar Warisan Ibnu 'Auf, Galeri Islam dari Muzium Kesenian Islam dan Pameran Petrosains. -- BERNAMA

Leave a comment

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family