wrapper

Terkini

BANGI: Komuniti Islam ASEAN yang mempunyai nilai kesederhanaan dan penuh adab tatasusila boleh menjadi contoh kepada dunia supaya Islam dilihat dalam kaca mata yang lebih positif, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, penekanan terhadap wasatiyyah atau kesederhanaan yang dibawa oleh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini amat dekat dengan komuniti Asia Tenggara yang mempunyai nilai sederhana dan toleransi.

"Inilah nilai yang harus kita promosikan supaya dunia dapat melihat Islam dengan lebih positif dan menjadikan ASEAN sebagai model," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Komuniti ASEAN bertemakan Peradaban Islam dalam Komuniti ASEAN: Cabaran dan Harapan, di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, potensi ASEAN itu boleh diserlahkan dengan mewujudkan satu masyarakat yang berbilang adat budaya tetapi mempunyai asas yang sama sekali gus menjadikan ASEAN lebih kuat dalam konteks ekonomi, sosio politik dan pembangunan secara keseluruhannya. ASYRAF menandatangani plak bagi merasmikan Persidangan Komuniti ASEAN sempena Sidang Kemuncak ASEAN di Bangi hari ini. 

"Saya kira dengan adanya nilai yang menjadi teras hidup masyarakat di Asia Tenggara ini, kita dapat melonjak ASEAN dengan lebih tinggi," katanya. Namun, katanya, ASEAN dengan populasi penduduk Islam terbesar di dunia iaitu 257 juta orang, hari ini juga menghadapi cabaran terutamanya elemen ekstremisme dan radikalisme yang begitu mudah meresap dalam masyarakat. "Ini cabaran paling besar yang perlu ditangani. Paling penting, lonjakan tamadun Islam dan kerangka ilmu yang benar dan bukan memahami Islam dalam kerangka sentimen yang membuta tuli," katanya. - BERNAMA

Komuniti Islam ASEAN boleh jadi contoh kepada dunia

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/96130

Leave a comment

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family