wrapper

Terkini

KEBELAKANGAN ini, ruang media sosial termasuk Facebook, Twitter dan WhatsApp begitu hangat dengan pelbagai spekulasi cerita berkenaan Tabung Haji. Hanya bersandarkan sekeping surat, maka ramai yang telah menjatuhkan hukuman dan mencetuskan polemik fitnah seolah-olah kononnya Tabung Haji mengalami kerugian, dividen tidak mampu dibayar, pengurusan kewangan Tabung Haji lemah hinggalah kepada serangan-serangan peribadi bersifat ghibah (mengumpat) dan fitnah terhadap beberapa individu pengurusan tertinggi Tabung Haji.

Apa yang boleh penulis katakan, setakat ini semua berita tersebut adalah berupa fitnah jahat yang merupakan satu lagi usaha menjatuhkan kredibiliti institusi agama sebagaimana yang berlaku sejak kebelakangan ini. Inilah strategi fitnah masa kini dengan menyebarkan sesuatu dokumen dan terus menjatuhkan hukum berdasarkan maklumat separuh masak yang diperoleh.

Penulis tidak berhasrat untuk buat penjelasan satu persatu tuduhan yang dilemparkan kepada Tabung Haji kerana pihak Tabung Haji telah pun mengeluarkan kenyataan penjelasan terperinci mengenai isu yang dibangkitkan ini. Bahkan Bank Negara juga telah mengeluarkan kenyataan menafikan tohmahan bahawa Tabung Haji dalam keadaan meruncing malah menegaskan bahawa institusi tersebut telah pun mengambil segala langkah proaktif bagi memastikan pengurusan risikonya berada pada kedudukan terbaik.

Namun, nasihat penulis kepada pengguna Facebook dan media-media sosial lain terutamanya kepada ‘pakar-pakar kewangan segera’, berhati-hatilah dalam menyebarkan berita palsu mahupun membuat ulasan serta komentar berbaur fitnah, hanya berasaskan kepada surat Bank Negara Malaysia yang difahami di luar konteks dan sewenangnya disebarkan. Kesemuanya itu akhirnya boleh menyebabkan kita terjebak dalam dosa atau maksiat jariah yang menyebabkan kita mengalami muflis akhirat lantaran dosa fitnah yang kita kongsikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW:

Rasulullah SAW bertanya kepada para sahabat: “Adakah kamu semua mengetahui siapa itu orang yang muflis?” Para sahabat menjawab: “Orang yang muflis di sisi kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan harta benda”. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis  dari kalangan umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan (pahala) solat, puasa, dan zakat, dan dia juga datang dengan (dosa) mencaci maki orang ini, menuduh (memfitnah) orang ini, memakan harta orang ini (dengan jalan yang salah), menumpahkan darah orang ini (bukan dengan jalan syarak), memukul orang ini (dan sebagainya). Maka diberikan pahala-pahalanya kepada orang sekian, dan pahala-pahalanya kepada orang sekian (kerana perbuatan buruknya terhadap mereka). Kemudian jika telah habis pahalanya sebelum diselesaikan urusannya, akan diambil dosa-dosa mereka (iaitu orang-orang yang dianiayanya di dunia), kemudian dosa-dosa itu dilemparkan ke atasnya, kemudian dia dihumbankan ke neraka”. Hadis sahih riwayat Muslim.

Dalam hal ni, sewajarnya seseorang yang beriman menanggapi berita-berita yang tidak jelas kedudukannya serta berbaur fitnah dengan berpandukan prinsip Islam iaitu bersangka baik terlebih dahulu terhadap orang atau institusi yang dituduh, lebih-lebih lagi institusi agama, sebagaimana firman ALLAH dalam Surah an-Nur, ayat 12. “Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman – lelaki dan perempuan, menaruh baik sangka  kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata: “Ini ialah tuduhan dusta yang nyata”.

Mereka juga perlu menjauhi sangkaan-sangkaan buruk, kerana kebanyakan sangkaan buruk itu membawa kepada dosa, sesuai dengan firman ALLAH dalam Surah al-Hujurat, ayat 12.  “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa…”..

Kemudian janganlah mereka mengikuti perkembangan berita-berita dan spekulasi-spekulasi fitnah yang hakikatnya hanya merugikan masa mereka yang sepatutnya ditumpukan kepada perkara yang memberi faedah dan manfaat kepada mereka. Firman ALLAH dalam Surah al-Isra’, ayat 36:

Bahkan hendaklah mereka menahan diri dari turut terlibat dengan fitnah-fitnah tersebut, sama ada menceritakan tentangnya, memberi ulasan dan komentar, atau menyebarkannya. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan pendusta, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Cukuplah seseorang itu dikira berdusta apabila dia menceritakan (menyebarkan) setiap apa yang dia dengar”. Hadis sahih riwayat Muslim.

Seterusnya, orang-orang yang beriman sewajarnya menyiasat secara tuntas (tabayyun) dan menerima maklumat yang sahih daripada pihak berautoriti yang dapat menjelaskan sesuatu perkara yang ditimbulkan sebelum menjatuhkan sebarang penghukuman atau dengan sewenangnya menuduh serta melabel seseorang. Bagi mereka yang difitnah dan dihamburkan dengan pelbagai kata-kata kesat dan nista pula, balaslah dengan akhlak dan adab yang baik.

Justeru, berbalik kepada polemik Tabung Haji ini, eloklah kiranya kita menantikan pengumuman dividen dan penjelasan penuh daripada Tabung Haji sebelum kita melakukan sebarang tindakan yang bukan sahaja boleh merugikan kita malah mampu memudaratkan institusi yang telah banyak berjasa kepada umat Islam di Malaysia.


* Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Leave a comment

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family