wrapper

Terkini

Berita Dan Aktiviti

Perasmian dan pelancaran PICOMS Trade & Service Centre (PTSC).

KUALA LUMPUR, 10 Mei 2015:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki merasmikan pelancaran PICOMS Trade & Service Centre (PTSC). 

   Secara umumnya PICOMS adalah sebuah institusi pendidikan tinggi swasta yang menawarkan program atau kursus berteraskan bidang sains kesihatan bersekutu milik penuh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah melebarkan sayapnya menceburi bidang yang relevan dengan kepakarannya. Bidang sealiran dengan perkhidmatan kesihatan dan pengeluaran produk-produk penjagaan kesihatan serta penjagaan kecantikan yang bersesuaian dengan arus peredaran masa kini dan mula mendapat permintaan tinggi.

    PICOMS telah mengambil alih Pusat Hemodialisis dari pihak Pusat Pungutan Zakat pada 1 November 2011. Bermula dengan satu pusat Hemodialisis tersebut, Pusat ini telah dijenamakan semula dikenali sebagai Pusat Hemodialisis MAIWP-PICOMS yang terletak di Kampus Batu Muda. Berikutan permintaan yang tinggi oleh masyarakat saban tahun maka Pusat ini telah menambah dua buah cawangan yang terletak di Jalan Pahang dan di Cheras.  

   Tercetusnya idea PICOMS untuk menubuhkan pusat-pusat perkhidmatan kesihatan yang lain iaitu Pusat Fisioterapi dan Rehabilitasi MAIWP-PICOMS, Pusat Penjagaan Kejururawatan Ke Rumah, MAIWP-PICOMS (MAIWP-PICOMS Home Nursing Care) dan Kedai Farmasi MAIWP-PICOMS. Setiap pusat mempunyai objektif penubuhan yang sama iaitu paksinya untuk menawarkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat umum dengan caj yang minima tetapi perkhidmatan penjagaan atau rawatan yang berbeza.

 Tujuan asal penubuhan PICOMS adalah sebagai tempat latihan amali pelajar-pelajar. Pelajar akan dapat mengintegrasikan ilmu yang diperolehi diaplikasi secara langsung dalam bentuk perkhidmatan yang mampu memberi pulangan yang baik kepada organisasi. Malah pelajar dapat menzahirkan kemahiran masing-masing.

  PICOMS telah mengambil langkah tepat pada masanya mengeluarkan produk-produk penjagaan kesihatan dan kecantikan sewaktu memuncaknya permintaan dan boleh menjadi salah satu pesaing yang boleh menyaingi produk-produk lain dalam pasaran.  

  Kelebihan PTSC yang dikendalikan oleh PICOMS yang merupakan anak syarikat milik penuh MAIWP sudah tentu mengutamakan kualiti dan telah mengambilkira semua faktor-faktor halal, bersih dan mengikut piawaian yang ditetapkan. Tidak ketinggalan, produk keluaran PICOMS yang kini berada di pasaran iaitu Meriel Garcinia Drink dan Meriel Collagen Drink telah melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dianggotai tenaga pakar tempatan dalam bidang masing-masing. Begitu juga dua produk PTSC terdahulu iaitu Aura Oil dan Aurora Oil.

 

8. PICOMS telah membuat kelainan dari IPTS yang lain yang mana menerokai bidang perniagaan sebagai platform untuk mendidik pelajar-pelajar menjurus kebidang keusahawanan. Pendekatan ini selari dengan Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) untuk mendidik jiwa keusahawanan dan membuka minda pelajar sebagai pencipta atau penjana pekerjaan. 

 

9. PTSC komited untuk membuka banyak lagi cawangan pusat-pusat perkhidmatan dan membangun serta memperkasakan produk-produk baru berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan.

Read more

Melawat Maqam Ashabul Kahfi

AMMAN, 16 April 2016:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki bersama SS Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamed Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBrs Dr Yusri Mohamed, YDP YADIM telah turut Melawat Maqam Ashabul Kahfi ( The Cave of Seven  Sleepers ) di Zarqa, Amman

Read more

Pertemuan pimpinan pelajar ABIM Mesir

KAHERAH, 13 April 2016: YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah mengadakan sesi pertemuan bersama pimpinan pelajar ABIM di Dewan Abbasiyah Kaherah sejurus selesai program Jelajah Ilmu Mahasiswa 2.0.

Seramai 13 orang pelajar menghadiri perbincangan tersebut yang diketuai oleh Sdr Iqbal Hakim.

Dalam pertemuan tersebut YBTM menyarankan kepada para pelajar agar mengambil kesempatan semasa berada di bumi anbia ini untuk menuntut sebanyak mungkin ilmu. Koreklah khazanah ilmu untuk dimanfaatkan kepada masyarakat apabila pulang nanti.

Perjuangan sebenar ialah apabila berada di medan masyarakat. Di situlah akan teruji kemampuan medan dakwah.

Di kesempatan itu juga YDP Yadim menyampaikan sumbangan sebanyak USD150 manakala YBTM menghulurkan sumbangan sebanyak USD100.

Read more

Program Jelajah Ilmu Mahasiswa

KAHERAH, 13 April 2016: YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyertai Program Jelajah Ilmu Mahasiswa 2.0 bersama SS Datuk Dr Zulkifli Bin Mohamed Al Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan dan YBrs Dr Yusri Mohamed, YDP YADIM.

Program diadakan di Dewan Malaysia Abbasiyah, Kaherah pada 13 April 2016 jam 8.45 malam. Turut hadir ialah TYT YM Dato' Ku Jaafar b Ku Sha'ari Duta Besar Malaysia ke Republik Mesir.

Kehadiran sekitar 250 orang pelajar dari fakulti pengajian Islam dan Sains Kesihatan sekitar Kaherah.

 

Read more
  • Popular
  • Terbaru

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family