wrapper

Terkini

Berita Dan Aktiviti

Aktiviti Program PRK Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR - 17 Jun 2015 : YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyampaikan Khutbah Jumaat di Masjid Aziziah Kg. Ketior Dalam bertajuk Gejala Fitnah Meruntuhkan Ummah turut hadir YB Dato' Hasbullah Osman Ahli Parlimen Gerik merangkap Ketua Bahagian Gerik, Dato' Abu Bakar Mat Ali Ketua Bahagian UMNO Parit Buntar, Ketua PDM Ketior En Omar, Dato' Yusof Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan Ketua Multimedia Menteri Besar Perak Encik Nizam.

Sejuruh selepas Solat Jumaat YB turut serat dalam program Ziarah Kasih dari Rumah ke Rumah menyampaikan Bantuan Keperluan Dapur dan Pemeriksaan Perubatan oleh PICOMS yang melibatkan PDM Jalan Baharu (Kg. Bendang Panjang)
dan PDM Talang Dusun (Kg. Talang Dusun) turut hadir bersama YB Datuk Drs Nizar Zakaria Exco Agama Negeri Perak.

Read more

Ucaputama di HFA Halal Industry Conference (HHIC) 2016

LONDON, UNITED KINGDOM 26 Mei 2015:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyampaikan ucaputama di  HFA Halal Industry Conference (HHIC) 2016

 Antara yang di ketengahkan ialah mengenai pengalaman Malaysia membangunkan industri halal dan inisiatif terbaru kerajaan membentuk Majlis Halal Malaysia di samping penekanan bahawa Konsep Halal bukan hanya mengenai kaedah penyembelihan binatang semata-mata tetapi juga mencangkupi seluruh aspek penyediaan, pemprosesan dan rantaian penawaran (supply chain). Aspek Halal sangat berkait dengan aspek Toyyiba iaitu baik, tidak memudaratkan, bersih, menyehatkan sebagaimana prinsip digariskan Al-Quran ayat 168 surah Al-Baqarah. Sebab itulah piawaian Halal Malaysia dianggap paling komprehensif dan ketat berbanding negara-negara Islam lain.

    Persidangan Antarabangsa mengenai Halal di Hotel Kensington Close London di hadiri lebih 150 delegasi anjuran Halal Food Authority United Kingdom.

Read more

Pertemuan Kerjasama Oxford Centre for Islamic Studies (OXIS)

OXFORD,UNITED KINGDOM 25 Mei 2015:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah Mengadakan sesi pertemuan dengan barisan pengurusan tertinggi Oxford Centre for Islamic Studies (OXIS) yang diketuai CEO sendiri Dr Farhan.

   Turut hadir bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Zarinah Anwar yang dilantik Felo Kehormat OXIS. Banyak perkara dibincangkan termasuklah kerjasama yang dipohon daripada Malaysia khususnya JAKIM untuk membangunkan kurikulum pengajaran Al-Quran yang holistik termasuklah kemahiran taranum bagi diperkenalkan di OXIS dan Oxford University.

  Turut dibincangkan usahasama untuk mengantarabangsakan falsafah Wasatiyah melalui inisiatif penyelidikan secara komprehensif.

Read more

Syarahan Perdana di Universiti Bolton United Kingdom.

BOLTON,UNITED KINGDOM 23 Mei 2015:YB Timbalan Menteri Dato' Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato' Dusuki telah menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Governance and Shariah Compliant Framework in Islamic Finance: Malaysian Experience" di Universiti Bolton United Kingdom.

  Turut dihadiri oleh Naib Chancelor universiti tersebut. Universiti ini baru sahaja melancarkan Pusat Kajian Kewangan Islam yang kedua seumpamanya di Eropah. Banyak yang ingin mereka pelajari daripada Malaysia. Pihak universiti turut mahu menyampaikan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Malaysia.

    Antara soalan yang dikemukakan termasuklah bagaimana sistem kewangan Islam mampu menjadi alternatif kepada sistem kewangan konvensional dan rasional dari segi ekonomi kenapa riba diharamkan dalam Islam.

Read more
  • Popular
  • Terbaru

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family