wrapper

Terkini

Malam tadi dikunjungi ulamak terkemuka Jordan Sheikh Prof Dr Amin Mohammad Sallam Al Btoosh, mufti yang juga Profesor Tafsir dan Sains Quran Universiti Mu'tah Jordan.

Banyak nasihat, kata-kata hikmah dan semangat dititipkan kepada saya. Antara yang begitu membekas dalam diri saya apabila beliau bersungguh-sungguh mahu saya terus membantu kerajaan mendaulatkan Islam kerana baginya Malaysia adalah negara Islam contoh yang sederhana berbanding negara-negara Arab termasuk Jordan.

Malaysia amat dekat di hatinya kerana bukan sahaja mempunyai ramai anak murid yang pernah menuntut dengan beliau yang dianggap cucu-cucunya, tetapi sejak kali pertama datang ke Malaysia tahun 1996, beliau mengikuti rapat perkembangan Malaysia termasuk dalam aspek politik.

Beliau sempat berkongsi beberapa potongan Al-Quran dan Hadis mengenai kepentingan mentaati pemerintah sebagai asas penting untuk membangunkan agenda Islam yang besar di tengah-tengah pelbagai fitnah yang melanda umat Islam. Beliau membandingkan situasi negara-negara Islam yang banyak bergolak lantaran terhakisnya prinsip ketaatan kepada pemerintah.

Berkali-kali beliau mengingatkan saya untuk terus membantu kerajaan bahkan sebelum pulang mendoakan agar saya diberikan kekuatan untuk membantu kerajaan mendaulatkan Islam dan agar Malaysia terus dikurniakan kesejahteraan dan keamanan juga dibawah pemeliharaan Allah jua. Moga Allah merahmati murabbi ummah yang banyak jasanya mendidik dan membangunkan generasi muda Islam dltermasuk Malaysia.

Last modified on Sunday, 07 February 2016

Leave a comment

  • Popular
  • Terbaru

Profil Ringkas

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada 29 Julai 2015. Sebelum itu beliau adalah Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia pada tahun 2013. Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Ketua Hal-Ehwal Penyelidikan, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA) dan Profesor Madya di International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF).

Terima Kasih

TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN KE LAMAN WEB INI

Tanah Tumpahku

For using special positions

Special positions is: sticky_left, stickey_right, notice, tool_bottom. You can use them for any module type. And to use, please go to Module Manager config your module to your desired postion.

You can disable by:

  • Go to Administrator » Template Manager » Your_Template » Tab: Advanced » Use special positions » select: No for all special positions
  • Go to Administrator » Module magager » Your_Module(by postion: sticky_left/stickey_right/notice/tool_bottom) » Status: Unpublish for that module

For customize module in special position

The solution is used Module Class Suffix. You can customize button, module content follow Module Class Suffix

Ex: Module Class Suffix: bg-white @bullhorn then:
- Class of buttom is 'icon-bullhorn'. If without @... the default is 'icon-pushpin'. You can find the full icons of usage at Font Awesome  
- Class of module is 'bg-white'

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Green Red Radian
Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family